Saturday, October 20, 2012

Subhanallah - 19 Tahun Mati Syahid mayatnya Tidak Reput



Mayat pejuang Palestin, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad  tidak reput selepas (syahid) 19 tahun 



Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.

Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Lihat di sini. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.” 

Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. "Syahid cita-cita tertinggi kami!"

Thursday, July 21, 2011

Aku bertuah jadi umatmu Ya Rasulullah


Peribadi Agung Rasulullah – Menahan Lapar agar tidak lapar di akhirat nanti

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."


"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

dikongsikan bersama tanpa prejudis ..... sebagai pengajaran buat kita dan insan yg memimpin ummah.....


Sunday, June 5, 2011


2.4 Karya-karya Penulisan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ

Sebagai penulis yang prolifik dan produktif, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan penulisan dengan begitu banyak sekali di dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam. Sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai karya agung. Wan Mohd Shaghir menyatakan bahawa Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan karya yang paling lengkap di dalam aqidah versi jawi melalui Ward al-Zawahir, manakala karya fiqh melalui kitab Furu’ al-Masa’il. Kedua-duanya dikategorikan sebagai karya agung.[1] Kedudukan beliau sebagai penterjemah dan syarah terhadap kitab-kitab ulama terdahulu di samping kebolehannya yang luar biasa di dalam menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari membolehkan beliau menghasilkan karya-karya yang paling banyak di kalangan ulama di kepulauan Melayu. Tambahan lagi, terdapat di kalangan murid-murid beliau yang terlibat secara khusus menyalin ilmu-ilmu yang diajar beliau dan kemudiannya ditashih (semak) oleh beliau sendiri catitan tersebut.

Para pengkaji berselisih di dalam menentukan bilangan sebenar karya-karya yang telah dihasilkan oleh Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. Menurut Wan Mohd Shaghir, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan sebanyak 66 buah karya yang dapat dikesan. Manakala terdapat juga karya-karya kecil yang berbentuk risalah atau catatan ringkas yang mana jika dikira ia boleh mencecah sehingga 101 buah kesemuanya.[2] Manakala Bradley mencatatkan sebanyak 69 buah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ.[3] Tetapi Ismail Che Daud menyatakan karangan beliau hanyalah berjumlah 41 buah sahaja.[4] Terdapat perbezaan kuantiti karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ adalah disebabkan oleh sebahagian daripada hasil karya beliau tidak ditemui. Manakala sebahagian yang lain pula dicetak dengan jumlah yang terhad dan disimpan sebagai koleksi peribadi individu-individu tertentu sahaja. Bahkan terdapat juga catatan tangan beliau sendiri ataupun murid-murid beliau yang belum dicetak dan tersimpan sebagai manuskrip seperti sebahagiannya yang masih tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dan Pusat Islam. Ketidakbolehan untuk mengekses kepada sebahagian daripada karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ menyebabkan para pengkaji berbeza pendapat di dalam menentukan bilangan karya-karya tulisan beliau.

Terdapat beberapa karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ yang merupakan terjemahan daripada kitab-kitab karangan ulama terdahulu. Beliau menterjemahkan kitab Minhaj al-Abidin (1240 H) dan Bidayat al-Hidayah (1253 H) dengan menggunakan nama judul yang sama dengan karangan al-Ghazali. Begitu juga dengan terjemahan terhadap kitab Kashf al-Ghummah (1238 H) menggunakan judul yang sama dengan karya asalnya oleh Shaykh Abd al-Wahhab al-ShaÑrani. Beliau juga menterjemahkan kitab Hikam Abi Madyan dalam karyanya bertajuk Kanz al-Minan (1240 H). Manakala Matn Zubad diterjemahkan dan disyarahnya di dalam kitab Fath al-Mannan (1249 H). ia adalah terjemahan daripada karangan Ibn Ruslan al-Dimashqi. Kitab Bahjat al-Saniyyah (1258 H) merupakan terjemahan daripada kitab Sayyid Ahmad al-Marzuqi yang bertajuk Tahsil Nail al-Maram. Di samping itu, beliau juga memberi ulasan dan syarah terhadap kitab tersebut.

Terdapat pertikaian di kalangan para pengkaji tentang sebahagian daripada karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ sama ada ia adalah karya beliau ataupun orang lain. Di antaranya ialah kitab Sharh Hikan Ibn Ata’ Allah al-Askandari (1149 H) yang menjadi pertikaian di kalangan para pengkaji sama ada ia adalah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ ataupun Shaykh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis).[5] Setelah diteliti ternyata ia bukan karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. Kekeliruan terhadap kitab Sharh Hikam sebenarnya disebabkan terjemahan beliau terhadap kitab Sharh Hikam Abi Madyan bukannya Ibn Ibn Ata’ Allah al-Askandari. Begitu juga dengan nama guru beliau Ibn Ata’ Allah yang dimaksudkannya bukanlah Ibn Ibn Ata’ Allah al-Askandari sebaliknya yang nama yang dimaksudkan ialah Ibn Ata’ Allah al-Masri al-Makki.[6]

Terdapat juga pertikaian tentang kitab Manhal Safi yang tidak dinyatakan tahun penulisannya. Menurut Wan Mohd Shaghir, kitab tersebut adalah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam tasawwuf yang menghuraikan istilah-istilah penting tasawwuf. Namun ada juga yang mengatakan ia adalah karangan guru beliau iaitu Shaykh Abdul Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok. Manakala yang lain mengatakan karya ini adalah karangan Shaykh Abdul Qadir Bukit Bayas.[7] Begitu juga dengan kitab MatlaÑ al-Badrayn yang sandarkan kepada Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ sebagai pengarangnya.[8] Tetapi yang sebenarnya ia adalah karangan cucu saudaranya Shaykh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani (Shaykh Nik Mat Kecik).

Menurut Wan Mohd Shaghir, beberapa karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ boleh dikategorikan sebagai karya agung seperti Ward al-Zawahir (1245 H) dan FuruÑ al-Masa’il (1257 H). Justifikasi yang menyatakan Ward al-Zawahir sebagai karya agung ialah kerana ia merupakan karya yang paling tebal dan paling lengkap perbahasannya di dalam aqidah di kepulauan Melayu yang menggunakan tulisan jawi. Manakala kitab Furu al-Masa’il adalah yang pertama dan paling lengkap dalam membicarkan persoalam cabang-cabang (furuÑ) fiqh.[9]

Terdapat juga karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ tidak dapat dikesan atau ditemui tetapi ada disebut di dalam penulisan ulama-ulama dan para pengkaji sebagai karya-karya beliau. Di antaranya seperti kitab Kisah Nabi Yusuf, Hikayat Lelaki Salih, Muqaddimat al-Kubra, al-Qurb ila Allah, Kifayat al-Jawiyat, Jinayat al-Taktub dan TaÑalluq bi Kalimat al-Iman.[10]

Di antara beberapa karya beliau yang lain sama ada ditemui dan dicetak di Mekah, Mesir, Turki mahupun di Singapura, Malaysia dan Patani yang dikesan tarikh ia ditulis atau diterbitkan mahupun tanpa tarikh ditulis atau dicetak adalah seperti berikut :

1. Kifayat al-Muhtaj (1224 H. / 1808 M)

2. Idah al-Bab (1224 H. / 1809 M)

3. Ghayat al-Taqrib (1226 H. / 1811 M)

4. Nahj al-Gharibin (1226 H. / 1811 M)

5. Bulugh al-Maram (1227 H. / 1812 M)

6. Al-Durr al-Thamin (1232 H)

7. JamÑ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id (1239 H)

8. Munyat al-Musalli (1242 H)

9. Hidayat al-MutaÑallim (1244 H)

10. Uqdat al-Jawahir (1245 H)

11. Mudhakarah al-Ikhwan (1249 H)

12. Jawahir al-Saniyyah (1252 H)

13. Al-Bahjat al-Wardiyyah (1258 H)

14. Al-Bahjat al-Mardiyyah (1259 H)

15. Bughyat al-Tullab (n.d)

16. Diya’ al-Murid (n.d)

17. Al-Said wa al-dhaba’ih (n.d)

18. Kitab Sifat Dua Puluh (n.d)

19. Irshad al-Atfal al-Mubtadi’in fi Aqidat al-Din



[1] See Wan Mohd Shaghir, Wawasan Pemikiran Islam…, vol.1, 15, 26.

[2] Wan Mohd Shaghir Abdullah, “Pengarang manuskrip kitab di Alam Melayu: suatu tinjauan awal,” Jurnal Filologi Melayu, vol. 3 (1994): 87

[3] Francis R. Bradley, “Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ’s writings contained in the National Library of Malaysia,” Jurnal Filologi Melayu, vol. 15 (2007): 121.

[4] Ismail Che Daud, 36.

[5] Menurut Wan Mohd Shaghir, ia adalah karangan Tok Pulau Manis. Namun beliau sendiri masih belum jelas tentang kesahihan kenyataan tersebut. See Wan Mohd Shaghir Abdullah, “Pengarang Manuskrip Kitab…”, 89.

[6] See Wan Mohd Shaghir, “Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ,” …, 5.

[7] See Wan Mohd Shaghir (ed.), Introduction of Manhal Safi, (Kuala Lumpur: khazanah Fataniyah, 1992), 2-3.

[8] Kitab tersebut dinisbahkan kepada Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ berkemungkinan dengan tujuan mengambil berkat daripadanya ataupun penulisnya banyak mengambil sumber ilmu secara langsung daripada Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam penulisan tersebut. See Wan Mohd Shaghir, “Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ,” …, 27.

[9] See Wan Mohd Shaghir Abdullah, “Peranan dan Sumbangan Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani Dalam Kesusateraan Melayu Klasik,” in Seminar Kesusasteraan Melayu Traditional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, 15.

[10] See Wan Mohd Shaghir Abdullah, Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani Ulama…, 55-57.

Wednesday, June 1, 2011


Sumbangannya di Dalam Sosial dan Pelbagai Disiplin Ilmu

Ketokohan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ tidak hanya terhad di dalam bidang keilmuan sahaja bahkan ia juga membabitkan penglibatannya secara langsung di dalam kebajikan sosial dan jihad. Semasa di Mekah, beliau telah diberi amanah sebagai Shaykh al-Hajj yang pertama untuk menjaga kebajikan jemaah haji dari Asia Tenggara. Bahkan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ diberi kepercayaan untuk menjadi imam dan khatib di Masjid al-Haram. Selain daripada itu, beliau juga menjadi pakar rujuk di dalam fiqh mazhab Shafii di Mekah.[1] Kedudukan tersebut menjadikan beliau amat popular di Mekah terutamanya di kalangan masyarakat dari kepulauan Melayu yang datang mengerjakan haji di Mekah. Keadaan tersebut secara tidak langsung menjadikan kitab-kitab karangan beliau mendapat tempat dan menjadi rujukan di kalangan mereka. Justeru, pemikiran beliau dilihat banyak membentuk paradigma pemikiran dan amalan masyarakat di sana.[2]

Di dalam politik menentang penjajahan, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menunjukkan tauladan yang berkesan dengan beliau sendiri berperanan untuk turun ke medan perang menentang penjajahan Siam di Patani dan Kedah di Semenanjung Malaysia pada tahun 1831.[3] Semangat jihad beliau menentang penjajahan kemudiannya diikuti oleh rakan-rakannya dan murid-murid beliau menentang penjajahan di kepulauan Melayu.[4] Di dalam karya-karya penulisannya, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menekankan kepentingan jihad meninggikan syariat Islam. Bagi beliau, matlamat aqidah itu sendiri adalah meninggikan syariat Islam melalui konsep ma’rifat Allah yang dapat mengatasi segala halangan dan cabarannya termasuk ancaman penjajahan dan permusuhan daripada musuh-musuh Islam. Menurut beliau, orang Islam hendaklah memelihara agamanya dengan menegakkan syariat Allah supaya segala hokum dan ketetapan Allah dapat dilaksanakan. Segala perkara yang membawa kea rah tertegaknya Islam hendaklah dijadikan sebagai tanggungjawab mereka untuk merealisasikannya.[5] Melalui penglibatan beliau dan peranan ulama-ulama Islam di dalam jihad telah membuktikan bahawa usaha menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan telah dipelopori oleh para ulama Islam melalui pengajian dan pendidikan Islam. Mereka telah member sumbangan yang besar ke arah membangkitkan semangat jihad seperti tuntutan agama Islam itu sendiri.

Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ selain mempunyai pelbagai kebolehan di dalam menguasai ilmu-ilmu agama, bahkan juga ilmu-ilmu lain tetapi penonjolan beliau lebih dikenali di dalam tiga ilmu serangkai iaitu aqidah, fiqh dan tasawwuf. Sebagai contohnya, di dalam kesusateraan Melayu, aspek-aspek kesusateraan di dalam karya-karya beliau telah menjadi rujukan di kalangan pakar-pakar bahasa. Kemampuan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam menggunakan bahasa yang puitis (indah) di samping syair-syair karangan beliau yang bermutu tinggi menyumbang kea rah tersebut. Beberapa hikayat-hikayat di dalam karya beliau telah menjadi rujukan tokoh-tokoh bahasa selepas beliau seperti Raja Ali Haji dan Hamzah Fansuri.[6]

Beberapa karya beliau di dalam bidang-bidang lain menggambarkan kebolehan beliau di dalam pelbagai disiplin ilmu tersebut seperti ilmu hadith,[7] tafsir,[8] falsafah, astronomi dan perubatan. Keadaan tersebut telah membuktikan bahawa Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ adalah seorang penulis yang prolific yang amat produktif dan kreatif. Di samping itu, sumbangan beliau di dalam kebajikan social dan politik menjadikannya begitu signifikan di kalangan masyarakat Islam di kepulauan Melayu. Dengan kelebihan tersebut, menjadikan beliau amat berpotensi untuk membuat perubahan di dalam masyarakat di kepulauan Melayu yang menjadikannya sebagai tokoh yang mempunyai pengaruh yang besar di sana.



[1] Wan Mohd Shaghir, Wawasan Pemikiran Islam…, vol.4, 81.

[2] Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ mempunyai ramai murid yang dating khusus untuk mendalami ilmu pengetahuan di Mekah. Bahkan terdapat juga di kalangan mereka yang datang semasa musim haji kemudiannya menetap di sana untuk beberapa ketika di samping belajar dengan guru-guru di sana terutamnya ilmu tentang ibadat haji. Sebahagian daripada mereka pulang ke tanah air selepas menunaikan haji, manakala sebahagiannya ada yang terus menetap di Mekah untuk meneruskan pengajian mereka untuk tempoh yang lama. Dengan kedudukan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ sebagai Shaykh Haji, menjadikan kedudukannya begitu berpengaruh di kalangan mereka. See C. Snouck Hurgronje, Mekka in the Later Part of the 19th Century, (Leiden: Brill, 2007), 227-228.

[3] Ismail Che Daud menyatakan bahawa Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ dianggarkan pulang ke Patani untuk menyertai Perang Sabil menentang Siam sekitar 1830-1832 setelah beliau selesai menulis kitab Ward al-Zawahir. Begitu juga dengan penelitian yang dibuat oleh Abdullah Nakula. See Ismail Che Daud, 31.

[4] Di antara rakan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ yang menyertai jihad menentang penjajah ialah Shaykh Abd al-Samad al-Falembani. Manakala murid beliau ialah seperti Muhammad Salih bin Sunan Maulana Qadi (Tengku Tembusai).

[5] Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 8.

[6] Menurut Wan Mohd Shaghir, Raja Ali Haji sangat terkenal di dalam bidang kesusateraan Melayu dan bahasa di alam Melayu. Beliau dikatakan banyak terprengaruh dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani. Sebagai contohnya, penggunaan kalimah “selalu” yang bermaksud “terus” oleh Raja Ali Haji adalah seperti yang kerap digunakan oleh Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani di dalam karya-karya beliau. See Wan Mohd Shaghir Abdullah, Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani Ulama…, 48-49.

[7] Fauzi Deraman telah membuat beberapa penelitian terhadap karya-karya Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani yang dikategorikan sebagai karya hadith atau yang mempunyai banyak hadith di dalamnya seperti Kashf al-Ghummah, Arbain Shaykh Dawud, Fara’id al-Fawa’id dan lain-lainnya, dirumuskan bahawa penonjolannya di dalam bidang hadith tidaklah sehabat penonjolannya di dalam aqidah, fiqh dan tasawwuf. Namun beliau telah banyak menggunakan hadith-hadith dalam karya-karya beliau dan mempunyai cara tersendiri dalam menilai kesahihan sesebuah hadith. See Fauzi Deraman, 64.

[8] Tidak terdapat karya khusus Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani di dalam tafsir. Namun beliau menyelitkannya di dalam karya beliau. Sebagai contohnya di dalam Ward al-Zawahir beliau menghuraikan tafsir surat Maryam. See Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 221-223.


Tuesday, May 31, 2011


Sumbangannya di Dalam Tasawwuf dan Akhlak

Di zaman Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ, ilmu tasawwuf memainkan peranan yang amat penting sebagai pelengkap kepada penuntut-penuntut ilmu di samping ilmu fiqh dan aqidah. Semasa beliau di Mekah, pengaruh kesufian al-Ghazali begitu ketara sekali di dalam penulisan beliau sama ada karya terjamahannya daripada al-Ghazali mahupun tulisannya sendiri tidak terlepas daripada pengaruh tersebut. Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ secara langsung di dalam karya tasawwuf beliau menukilkan pandangan al-Ghazali, bahkan stail penulisan beliau juga yang menggabungkan beberapa disipilin ilmu di dalam satu-satu buku adalah menurut stail al-Ghazali seperti dalam Ihya. Di dalam menterjemahkan karya-karya al-Ghazali seperti Minhaj al-Abidin dan Bidayat al-Hidayah beliau tidak menukar judul tersebut, sebaliknya menggunakan judul yang asal berbeza dengan karya-karya terjemahannya yang lain. Perkara ini berkemungkinan besar untuk menjelaskan kaitan dan pengaruh yang kuat daripada al-Ghazali di dalam mempengaruhi aliran pemikiran beliau.

Namun begitu, untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham terhadap ilmu tasawwuf, beliau telah meletakkan syarat-syarat penting untuk mempelajari ilmu tersebut dan beramal dengan tareqat-tareqat tasawwuf. Bagi beliau, ia perlu seimbang di antara pengamalan syariat dan hakikat (tasawwuf) dengan berpandukan kepada sumber yang sahih agar tidak menyeleweng.[1]

Karangan al-Ghazali seperti Ihya dan Minhaj al-Abidin telah mendapat perhatian yang begitu istimewa daripada masyarakat Islam di kepulauan melayu. Perkara ini adalah berkait rapat dengan peranan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam memperkenalkan al-Ghazali sebagai tokoh agung tasawwuf melalui pengajarannya kepada murid-murid beliau di Mekah yang kemudiannya menjadi ulama-ulama yang berpengaruh dan menyebarkan ilmu-ilmu tersebut di kepulauan Melayu apabila mereka pulang ke tanah air mereka. Maka secara tidak langsung pengaruh al-Ghazali mendapat tempat yang istimewa di kepulauan Melayu melalui pengaruh Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ.

Semasa di Mekah Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ mendapat sanad tareqat Shaziliyyah, Sammaniyyah dan Shatariyah secara langsung daripada guru-guru beliau di sana. Beliau mengambil tareqat Shazaliyyah daripada Shaykh Muhammad Salih ibn Ibrahim al-Ra’is, manakala tareqat Sammaniyyah diambil daripada Shaykh Muhammad ibn Abd al-Karim Samman al-Madani. Namun begitu, beliau lebih dikenali melalui pengamalan tareqat Shatariyah yang diambilnya daripada Shaykh Muhammad AsÑad. Di antara keistimewaan tareqat yang diamalkan beliau ialah masing-masing mempunyai sanad-sanad sehingga kepada silisilah sumbernya yang asal daripada Rasulullah. Ramai di kalangan murid-murid Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ kemudiannya mengembangkannya ke seluruh pelusuk kepulauan Melayu.[2] Tareqat Shatariyah umpamanya dilihat mempunyai pengaruh yang besar di Patani dan semenanjung Malaysia yang disebarkan oleh murid-murid beliau seperti Shaykh Wan Ali bin Ishaq al-Fatani, Shaykh Abdul Qadir Abdul Rahman dan Tuan Lebai Din bin Long Nik al-Fatani.[3]

Ketokohan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam tasawwuf dapat dilihat apabila beliau digelar dengan gelaran seperti al-Arif billah al-Rabbani oleh murid-murid beliau dan rakan-rakannya. Di samping itu, beberapa cerita tentang keramat beliau telah diceritakan oleh murid-murid beliau menguatkan lagi kedudukannya sebagai ulama yang istimewa sehingga mencapai tahap guru murshid sebagai seorang daripada wali Allah.[4] Bahkan beliau menjelaskan dengan jelas tentang konsep wali Allah yang perlu memiliki otoriti (dengan syarat-syarat) tertentu agar peranannya di dalam pembangunan Islam tidak terpesong dan menyeleweng.[5] Beberapa aspek penting akhlak diberi penekanan di dalam karangan-karangan beliau sebagai penyempurnaan kehidupan hidup beragama seseorang Muslim. Karangan beliau seperti Jam’ al-fawa’id dan Hidayah al-Muta’allim memberi penekanan tentang kepentingan akhlak sebagai manifestasi aqidah seseorang. Dengan itu, kedudukan akhlak perlu dipupuk bermula dengan pemupukan aqidah itu sendiri.[6] Berdasarkan huraian tersebut, pandangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ adalah mirip pendekatan al-Ghazali di dalam Ihya dan Mizan al-Amal.

Berdasarkan pendekatan tasawwuf dan akhlak Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ, pengaruh al-Ghazali dilihat begitu ketara sekali di dalam karangan-karangan beliau. Begitu juga dengan pandangan tasawwuf Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ yang telah diterima oleh masyarakat Islam di kepulauan Melayu yang disebarkan oleh murid-murid beliau dan seolah-olah mereka mempunyai keseragaman di dalam amalan, zikir dan aspek-aspek kerohanian mereka.



[1] See Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 215-216.

[2] Inilah di antara faktor penting kenapa masyarakat di kepulauan Melayu mempunyai tatacara hidup beragama seolah-olah hampir seragam di kalangan mereka walaupun berbeza rumpun dan bahasa.

[3] See Wan Mohd Shaghir Abdullah, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ UlamaÑ…, 47-48.

[4] Menurut Wan Mohd Shaghir, di antara cerita keramat tentang Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. pada suatu hari semasa mengajar di kampong Kerisek, beliau menolong orang yang lemas di pantai Kerisek tanpa pergi ke tempat tersebut namun terdapat kesan basah pada pakaian beliau. Namun cerita tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. See Wan Mohd Shaghir Abdullah, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ UlamaÑ…, 50-51.

[5] See Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 215-216.

[6] Dawud bin Abdullah al-Fatani, JamÑ al-Fawa’id, 251.


Sumbangan di Dalam Aqidah

Sumbangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam aqidah adalah seperti juga di dalam fiqh, di mana beliau telah memainkan peranan yang amat penting di dalam pemahaman aqidah dan pemikiran Islam di kepulauan Melayu. Hal ini terbukti apabila kitab Ward al-Zawahir dikatakan sebagai kitab yang paling komprehensif di dalam ilmu usuluddin di alam Melayu yang menggunakan bahasa Melayu dalam versi tulisan jawi.[1] Manakala kitab al-Durr al-Thamin adalah di antara kitab aqidah yang paling popular digunakan di kepulauan Melayu terutamanya di pondok-pondok di Patani dan Malaysia.[2] Ia juga digunakan dengan meluas sebagai pengajian awam di masjid-masjid dan surau-surau sehingga hari ini.

Pengaruh al-Ghazali di dalam penulisan aqidah Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ begitu ketara sekali. Kitab-kitab karangan beliau seperti Ward al-Zawahir dan al-Durr al-Thamin mempunyai banyak persamaan dengan cara persembahan kitab Ihya’ Ulum al-Din dan Minhaj al-Abidin karangan al-Ghazali. Bahkan beliau kerap sekali memetik kata-kata al-Ghazali di dalam penulisan beliau.[3] Bahkan manhaj aqidah al-Ghazali yang menjadikan ma’rifatullah sebagai matlamat pengajian aqidah dan juga tasawwuf telah diaplikasi oleh Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ seperti di dalam kitab Ward al-Zawahir. Beliau menyatakan:

“Wajib atas mukallaf itu mengetahui barang yang wajib bagi Allah dan yang ja’iz (harus) dan yang mustahil baginya. Dan hakikat maÑrifat itu iaitu jazam (yakin) yang muwafiq (berbetulan) bagi waqiÑ pada nafs amr (perkara tersebut) dengan dalil…”[4]

Menurut beliau, kekuatan aqidah yang dicapai melalui ma’rifatullah hendaklah disertakan dengan dalil-dalil sama ada secara ijmali ataupun tafsili.[5] Bagi beliau, taqlid dalam aqidah adalah tidak dibenarkan kerana dengan taqlid menjadikan seseorang itu tidak dapat mencapai tahap ma’rifat Allah. Dengan itu, persoalan yang berkaitan dengan syirik, khurafat tidak dapat dihapuskan. Hal ini amat penting khususnya untuk masyarakat Islam di kepulauan Melayu kerana mereka masih terdapat pengaruh Hindu dan Budha di dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan penjajahan oleh pihak kuffar terhadap bumi umat Islam di kepulauan Melayu yang menjadi halangan kepada pelaksanaan Islam di dalam pemerintahan mereka. Bagi Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ semua perkara tersebut akan dapat dicapai apabila mempunyai kekuatan aqidah.

Justeru, penulisan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ terutamanya di dalam Ward al-Zawahir dan al-Durr al-Thamin mempunyai visi untuk melakukan agenda perubahan sikap dan pemikiran agar kekuatan umat Islam dapat dipupuk melalui aqidah yang mantap sekaligus dapat mengatasi segala ancaman dan musuh Islam sama ada daripada luar mahupun dalaman sendiri. Dengan itu, penulisan karya aqidah beliau dilihat mempunyai keunikan yang tersendiri dan istimewa khususnya bagi umat Islam di kepulauan Melayu. Di antara kelebihan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam perbincangan aqidah ialah penekanan terhadap pengunaan dalil-dalil wahyu daripada al-Qur’an dan hadith diberi keutamaan di dalam karya-karya beliau terutamanya di dalam kitab Ward al-Zawahir. Beliau cuba memberi ruang yang mencukupi terhadap penggunaan nas (dalil) secara literal mahupun interpretif (penafsirannya memalui akal).



[1] See Wan Mohd Shaghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, (Kuala Lumpur: Khazanah Fataniyah, 2000), vol.1, 15.

[2] Di antara kitab-kitab lain yang masyhur di dalam pengajian aqidah yang digunakan di pondok-pondok ialah Aqidah al-Najin, Siraj al-Huda dan Faridat al-Fara’id.

[3] Contohnya di dalam Ward al-Zawahir, al-Ghazali meletakkan tujuh syarat yang perlu dikehendaki di dalam beramal dengan ayat-ayat Mutashabihatbagi mazhab Salaf. See Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 66.

[4] Ibid., 15.

[5] Dalil ijmali ialah mengenal Allah walaupun dengan menggunakan dalil umum sahaja seperti menyatakan bahawa dalil Allah wujud ialah dengan wujudnya ala mini atau membawa dalil umum daripada sumber wahyu seperti dalil daripada surah al-Ikhlas tentang Uluhiyat. Namun ia tidak dapat menguraikan shubhat yang ditimbul di dalam aqidah. Manakala dalil tafsili ialah dalil yang dibincangkan secara terperinci yang memerlukan kepada pemerhatian dan penelitian (nazar dan ta’ammul) yang mana ia mampu untuk menguraikan shubhat dan dapat berhujah mengisbatkan (menguatkan) aqidah. Taqlid akan menyebabkan terjadinya ragu-ragu dalam pegangan aqidah seseorang itu. See Dawud bin Abdullah al-Fatani, Ward al-Zawahir, 15-16.